“Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur kerana proses kelahiran berjalan lancar. Kami masing-masing teruja dan seakan tidak percaya kerana telah bergelar ayah dan ibu sehingga menitik air mata kerana terlalu gembira dengan anugerah Allah ini. Walaupun, saya terpaksa menahan sakit selama 16 jam sebelum selamat melahirkan secara pembedahan.
“Selepas semua selesai dan saya serta anak dibenarkan pulang ke rumah, barulah suami ada masa untuk berkongsi berita gembira bersama peminat. Bukannya kami mahu buat kejutan tetapi masa tidak mengizinkan pada waktu itu,” katanya kepada portal My Artis bercerita mengenai pengalaman kali pertamanya menyambut bayi sulung mereka pada minggu lalu.





