Filled Under:

"Busuk Sangat Ke Sampai Nak Layan Saya Macam Sampah!?


"Busuk Sangat Ke Sampai Nak Layan Saya Macam Sampah!? Sudah 20 Tahun Saya Dengan Awak!", Akhirnya Noorkhairiah Bersuara Juga Selepas Jodohnya Tidak Panjang Dengan Dunia Seni..



Tidak tahan dan juga rasa kecewa akhirnya membuatkan pelakon berbakat Noorkhairiah menarik diri daripada dunia seni malah dia juga menyifatkan dirinya sering dilayan seperti sampah oleh syarikat produksi sepanjang 20 tahun berada dalam bidang seni.

“Bukan satu perkara yang mudah sebenarnya untuk saya melepaskan benda yang saya suka buat hampir 20 tahun, tetapi saya sudah tidak larat. Kesabaran setiap manusia itu ada hadnya dan selepas berfikir panjang saya nekad selain yakin rezeki saya dalam bidang lakonan setakat ini sahaja”

“Keputusan ini juga petunjuk daripada Allah dan Insya-Allah akan ada rezeki lain untuk saya. Saya sedar diri saya sudah ‘suam-suam kuku’ dan sekarang produksi dan stesen televisyen lebih mementingkan populariti untuk menghiasi drama terbitan mereka”

“Tetapi jangan salah faham, saya tiada masalah dengan pilihan mereka cuma sebagai orang lama saya sedih kerana sering dianggap macam sampah,” jelasnya kepada mStar Online.

Tambahnya, perkara tersebut bukanlah berlaku kali pertama malah dia sendiri sudah banyak bertolak ansur dan bersabar sepanjang 20 tahun penglibatannya dalam industri seni.