SAYU!! DUA BERADIK MAUT KEMALANGAN NGERI MALAM TADI ANGKARA MELANGGAR LORI DI TEPI JALAN((8FOTO))
GOPENG: Dua maut, manakala tiga lagi termasuk seorang kanak-kanak parah selepas kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di tengah laluan di Kilometer 294.6, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Datuk Yahya Madis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.05 malam sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dikejarkan ke tempat kejadian, disusuli bantuan anggota BBP Simpang Pulai.
Katanya, pihaknya yang tiba di lokasi mendapati pemandu kenderaan 4x4 jenis Isuzu iaitu lelaki berusia 44 tahun dan seorang lagi penumpang berusia 22 tahun terbunuh di tempat kejadian. "Kemalangan membabitkan kenderaan Isuzu yang dikatakan melanggar belakang lori satu tan yang berhenti di tengah lebuh raya disebabkan enjinnya rosak.
"Kejadian menyebabkan tiga mangsa tersepit manakala dua lagi mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam. "Pemandu kenderaan Isuzu dan seorang penumpang maut dan kematian mangsa disahkan oleh pegawai perubatan,
" katanya di sini sebentar tadi. Beliau berkata, anggota bomba menggunakan alat menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Filled Under:
SAYU!! DUA BERADIK MAUT KEMALANGAN NGERI MALAM TADI ANGKARA MELANGGAR LORI DI TEPI JALAN((8FOTO))
Posted By:
hmmm
on 02:40:00