Filled Under:

Hanya Bayar RM25,000, Dapat Doktor Falsafah (PhD) Ekspres 2 Bulan

Memiliki Doktor Falsafah atau PhD menjadi impian setiap mereka yang berazam tamat pengajian di peringkat tertinggi. Sama ada PhD dalam bidang perubatan atau mana-mana bidang akademik, penganugerahan PhD memberi impak besar pada karier individu itu sendiri yang lazim menggunakan gelaran Dr.

Bagaimanapun, merujuk pada zaman kini yang serba maju dan kepesatan kewujudan institusi pengajian awam swasta, proses sambung belajar ke peringkat PhD bukan lagi perkara sukar. 

Sebagai contoh, Universiti Terbuka Malaysia (OUM) menawarkan pengajian Phd dalam Pentadbiran Perniagaan dijalankan secara atas talian sepenuhnya. Menariknya, yuran keseluruhan untuk tempoh pengajian selama empat tahun mempunyai tiga semester adalah RM27,579.

Datuk Fazley Yaa'kob pernah menjadi mangsa PhD dan sarjana palsu manakala status 'Dr' Azizan Osman masih menjadi tanda tanya. (Gambar: Fazley Yaa'kob - Facebook dan suarainsan)
Memiliki Doktor Falsafah atau PhD menjadi impian setiap mereka yang berazam tamat pengajian di peringkat tertinggi. Sama ada PhD dalam bidang perubatan atau mana-mana bidang akademik, penganugerahan PhD memberi impak besar pada karier individu itu sendiri yang lazim menggunakan gelaran Dr.

Bagaimanapun, merujuk pada zaman kini yang serba maju dan kepesatan kewujudan institusi pengajian awam swasta, proses sambung belajar ke peringkat PhD bukan lagi perkara sukar.  


Sebagai contoh, Universiti Terbuka Malaysia (OUM) menawarkan pengajian Phd dalam Pentadbiran Perniagaan dijalankan secara atas talian sepenuhnya. Menariknya, yuran keseluruhan untuk tempoh pengajian selama empat tahun mempunyai tiga semester adalah RM27,579 


Jika belajar dan membuat tesis kajian PhD menerusi atas talian dianggap satu alternatif paling 'mudah' khusus pada mereka yang sibuk bekerja, bagaimana pula jika ada cara lain yang lebih mudah mendapatkan PhD dengan pantas seperti kurang tempoh 4 tahun tanpa pening kepala menyiapkan tesis.


Jawapannya memang ada iaitu cuma menyediakan sejumlah wang yang perlu dibayar untuk proses mendapatkan PhD tersebut. Rojak Daily Kaw! melakukan penyiasatan terhadap perkara ini dan mendapati cara ekspres ini masih wujud bagi mana-mana individu yang berminat menjadi 'Doktor'. 

Sumber itu memberitahu proses mendapatkan PhD tidak menjadi masalah asalkan individu yang berminat menyediakan wang bayaran 'PhD' itu seperti yang diminta pihak universiti berkenaan yang dianggarkan sebanyak RM25,000. Pendek kata, ada duit, dapat Phd. Itu saja. 

Dia menjelaskan bayaran yang dikenakan adalah seperti yang dipersetujui pihak universiti berkenaan yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan PhD itu termasuk transkrip dan maklumat dalam pangkalan data pelajar di universiti itu kononnya sudah menamatkan pengajian untuk tempoh beberapa tahun.

Apa yang menarik perhatian adalah sekiranya masih ada tempat kosong untuk 'konvokesyen' pada Disember tahun ini, dia boleh membantu untuk mempercepatkan proses mendapatkan Phd meskipun anda baru mendaftar sebagai 'pelajar' hari ini. Ini bermakna, anda boleh mendapatkan PhD hanya sepantas kurang 2 bulan!

Sumber itu juga menjelaskan, individu yang menyertai pengajian 'ekspres' ini tidak perlu bimbang jika status PhD dimilikinya itu dipertikai pihak lain kerana ia diuruskan sepenuhnya pihak universiti berkenaan yang berpusat di satu tempat lokasi sama dengan universiti paling tersohor di England.

Bagi menampakkan segalanya benar belaka, pihak universiti akan menyediakan majlis makan malam istimewa untuk penganugerahan PhD berkenaan yang diadakan di sana. Difahamkan, kebanyakan pelajar dalam pengajian ini terdiri daripada golongan profesional yang sudah bekerja termasuk berpangkat Datuk dan ahli perniagaan. Bagaimanapun, identiti mereka tidak didedahkan 'agen' tempatan yang menguruskan prosesnya di sini.

Kewujudan PhD ekspress bukan perkara baru berlaku kebelakangan ini. Prof Diraja Ungku Aziz juga pernah menyatakan pembelian PhD seperti ini adalah masalah etika dalam kalangan masyarakat dan kerajaan perlu menanganinya secara serius. Impak situasi ini bukan sahaja memburukkan nama institusi pengajian tinggi terbabit tetapi nama negara, seperti dilaporkan Utusan Online.

Pada bulan lalu, Universiti Malaya (UM) mengeluarkan kenyataan media memaklumkan pihaknya tidak pernah menganugerahkan PhD dalam bidang keusahawanan kepada Azizan Osman. Individu itu dikenali sebagai penceramah motivasi terkenal yang banyak mengadakan bengkel usahawan pernah mempamerkan kelayakan PhD tertera nama 'UM' dalam biodatanya di dalam laman sesawang syarikatnya itu.

Namun, dalam kenyataan balas pula dia menjelaskan mempunyai PhD dalam bidang Metafizik dari Gordon University, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat sejak 2009 dan juga memenuhi semua syarat-syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom yang akan diadakan konvokesyen dalam masa terdekat. 

Sebelum ini, penyanyi dan juga usahawan terkenal, Datuk Fazley Yaa'kob pernah menjadi mangsa PhD palsu. Laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC) mendedahkan University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung kerjasama dengan Kolej Antarabangsa Fazley milik penyanyi itu selepas mendapati PhD dan sarjananya adalah palsu.

Fazley mengakui dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan European Business School yang menganugerahkan Phd padanya sebelum mengambil keputusan tidak lagi menggunakan gelaran 'Dr'.


å