Filled Under:

Ditegur Allah Kerana Terlalu Ghairah Update Status Di Facebook Ketika Mengandung , Apa Yang Telah Berlaku ???



"Jangan upload gambar bayi yang berusia bawah 40 hari " , pernah baca tentang ini di mana-mana perkongsian blog/forum ? Pastinya pernah . Kali ini , admin mendapat satu cerita benar berlaku bagaimana allah menegur secara halus ke atas seorang ibu yang sedang mengandung . Semoga dijadikan ikhtibar dan pengajaran disebalik cerita ini .@#$

Kalau dulu makayah kita tak buat begitu sebab tiada kemudahan internat dan masa itu tidak berapa pandai bab-bab it dan kreatif ni kan . Janji anak sihat montel :)
Cerita ini dikongsikan semula kepada umum untuk dijadikan pengajaran semua , 
Ya, saya pernah ditegur Allah.
Siapa yang tidak gembira apabila mendapat tahu yang kita akan menerima cahaya mata. Setiap bulan, setiap minggu kalau boleh setiap masa mahu kemaskini. Setiap kali pergi check-up saya akan kemaskini untuk beritahu semua orang.
Belum lahir ke dunia lagi si Kecil ini, saya sudah kemaskini bermacam-macam. Pergi beli-belah baju dan keperluan dia pun saya kemaskini di Facebook. 
Apa-apa artikel yang saya baca tentang si Kecil akan saya kemaskini di Facebook. Dengan harapan orang lain tahu saya bakal menimang cahaya mata.
Apa yang saya tidak tahu?
Ada rakan-rakan saya yang masih tidak punyai rezeki menimang cahaya mata sedang membaca status saya.
Apa perasaan mereka bila membaca status saya?
Tambahan pula apabila mereka lebih awal berkahwin daripada saya.
Itu kesilapan terbesar saya. Ya, saya tidak peduli. Saya masih lagi memuatnaik foto baju dan kelengkapan baby. Kemaskini bermacam-macam status tentang si kecil ini yang saya fikir semua orang kena tahu (sebenarnya mereka tidak mahu tahu pun).
Allah nampak dan tahu niatku tidak betul. Lalu dia menegur. Disaat waktunya telah tiba untuk si kecil itu menjengah kedunia. Allah menjemputnya pulang ke tempat asalnya.
Jikalau si kecil itu masih hidup?
Sudah pasti akan di muatnaik dan dikemaskini tentang si kecil itu. Mungkin saya tidak sedar yang saya sudah mengguris perasaan rakan-rakan yang belum dikurniakan rezeki cahaya mata.
Ini hanyalah sekadar perkongsian untuk dijadikan tauladan daripada pengalaman saya sendiri.
Mohon maaf jika ada yg terasa hati dengan saya. Niat saya bukan mahu perlekehkan sesiapa. Ini pengalaman saya.
Nasihat ini adalah lanjutan daripada kisah pasangan Shafiq Abu Bakar dan Nurun Najat yang telah kehilangan cahaya mata mereka.
 Ia mengisarkan pengalaman penulis yang teruja untuk menimbang cahaya mata lalu sering mengemaskini kisah-kisah beliau di media sosial. 
Didalam keterujaan tersebut, penulis terlepas pandang beberapa perkara yang menyebabkannya ditegur oleh Allah.
KISAH SEBELUMNYA
PASANGAN INI TETAP BERSYUKUR WALAU ANAK TELAH PERGI UNTUK SELAMANYA
Kisah ini berlaku pada Disember 2014. Pasangan Shafiq Abu Bakardan Nurun Najat bakal menimbang cahaya mata. Namun begitu, atas kuasa Allah, anak mereka meninggal dunia minit-minit terakhir sebelum bersalin. Walaupun begitu mereka tetap redha malah bersyukur dengan apa yang berlaku

ISNIN, 1 DISEMBER 2014 
Si ibu mula demam teruk dan berlarutan beberapa hari. Kandungan si ibu telah mencapai usia 9 bulan dan hanya menunggu masa untuk lahir ke dunia.
    “Maafkan saya kawan2. Saya sangat malas untuk menjawab sebarang panggilan telefon dan whatsapp daripada kalian. Melainkan saya yang menghubungi kalian. Jika ada sebarang mesej penting sila tinggalkan di mesej atau whatsapp saya. Semalam dan kelmarin, 2 hari saya biarkan telefon mati tanpa dicaj. Manakan tidak, demam teruk bangun hanya untuk solat, menjamah sikit makanan dan minum. Selebihnya terlantar di atas katil. Terima kasih atas kerjasama kalian”
JUMAAT, 5 DISEMBER 2014
08:21pm – Demam si Ibu masih tidak larut. Selepas pulang dari kerja, si Ayah menemani si Ibu ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan di klinik. Doktor di klinik mengesahkan air ketumban telah berkurangan dan tekanan darah rendah. Mereka dirujuk ke PPUM.
    “Monthly checkup lagi. Dengan mamai dan badan tidak cergas, gagahkan diri (juga) pergi ke ‘checkup’ demi anak tersayang. Umi mesti kuat demi anak umi dan abi. Doakan umi sihat cepat ya sayang!”
SABTU, 6 DISEMBER 2014
02:00am – Mereka di PPUM. Keadaan semakin kritikal. Si ibu mula muntah-muntah. Kesihatan si ibu semakin merosot tetapi mereka masih menunggu
    “Both of us are sleepy. After drinking hot tea and solat isya, still not our turn right again. Memang suruh bawak toto n berkampung di sini gamaknya. Hihi”
    “Ya Allah. Permudahkanlah. Lamanya tunggu. 4 jam dah tunggu. Ramai sangat ke orang kat PPUM ni. Adoi”
03:45am – Si Ayah risaukan keadaan si Ibu
04:11am – Tiba giliran mereka. Selepas kandungan si Ibu diperiksa, dengan berat hati doktor mengesahkan anak mereka telah meninggal dunia. Tiada degupan jantung. Mereka terkejut dan bersedih. Si Ibu mengalirkan air mata. Walaupun begitu si Ayah tetap tabah atas apa yang berlaku
    “Alhamdulillah atas ujianmu ya Allah, tidak terungkap dengan kata-kata”
11:00am – Arwah anak mereka masih didalam rahim si Ibu. Doktor masih berkira-kira untuk mengeluarkannya
        “Minta kawan-kawan doakan isteri saya. Doktor tengah ‘decide’ cara nak keluarkan baby. Jadilah apa cara sekalipun asalkan yang terbaik untuknya”
09:00pm – Doktor membuat keputusan untuk memberikan ubat ‘bersalin’ kepada si Ibu untuk membolehkan beliau bersalin secara normal
        “Keadaan isteri sangat lemah. Doktor bagi ubat beranak pada isteri. Semoga dapat bersalin arwah anak kami secara normal. Sangat-sangat perlukan doa kalian untuk memberi kekuatan dan semangat pada isteri. Semoga Allah memakbulkan. Kesian isteri saya”
AHAD, 7 DISEMBER 2014
12:40am – Akhirnya, jasad seorang bayi penghuni syurga telah selamat dilahirkan ke dunia.
        “Isteriku yang tercinta berjaya melahirkan jasad seorang putera dari syurga. Keadaan isteri sekarang stabil. Insyaallah akan keluar dari ICU dlm masa 48jam. Doakan isteri saya terus kuat dan stabil. Putera syurga kami akan kami semadikan di Shah Alam. Insyallah. Alhamdulillah”
Kata-kata dari Si Ayah
Tahun ini tidakku duga aku akan khawin. Tidak juga ku duga akan dikurniakn cahaya mata. Nampak tak disitu. bahagia sangat aku tahun ini.
Tetapi didalam hati berkata,
          “Tuhan tidak beri aku ujian apa-apa ke pada aku tahun ini macam tahun-tahun sudah?, Alhamdulillah, hari ini, Allah beri aku suatu ujian yg berat sangat bagi ku dan isteri”
Kepada anak lelaki ku yang tidak sempat menjengah ke dunia. Aku doakan semoga dikau tunggu abi mu dan ummi mu di pintu syurga. Allah, tolong jagakan dia untukku :(