Kisah ini dikongsikan oleh Ummu Ilham . Admin baca pun sedih , sudahla bersusah payah jerih mengandungkan 9 bulan , tidak sempat mendengar tangisan dan didakap serta menyuakan susu , dia pergi menghadap Ilahi . Begitu berat ujian buatmu semoga tabah .@@@
Tiba-tiba ingatkan dia..
Ilham As-Shauqi Bin Mohamed Shukri
Bulan 2, 2009 Ilham sudah ada dalam rahim. Kami tunggu-tunggu Ilham. Kami doa, Ilham jadi pengikat kasih ummi dan abi. Ilham, ummi selalu tertekan dan emosi tidak stabil masa mengandungkan Ilham. Maaf, kalau Ilham boleh rasa semua itu dalam rahim.
Ilham, dulu kita susah sangat. Ummi kalau boleh tidak mahu ingat lagi, tapi saja ummi tulis ini, supaya adik-adik (Dhuha dan Dani) syukur lahir dalam keadaan lebih senang. Masa mengandung Ilham, Ummi kena kerja, ummi sambung belajar, abi belum habis belajar. Tiap-tiap hari ummi stay-up di UIA, tolong abi siapkan drawing. Antara matlamat utama kami dulu kahwin, memang mahu tolong menolong.
Alhamdulillah, abi jadi 'best student' walaupun banyak ummi yang coordinate. Ilham tahu, masa mengandung Ilham, kami makan bajet-bajet. Sehari seringgit. Cukup beli sayur dengan telur. Ummi bawa Ilham check-up di Sungai Buloh. Masa itu kita tinggal di Damansara.
Abi kerja kuat. Malam kerja part time di Shell. Siang pergi kelas. Kasihan Abi. Satu hari ummi teringin makan pizza. Duit tidak ada. Ummi buka album ada isi duit mas kahwin RM100, ummi ambil sikit bagi pada abi buat beli pizza.
Abi tanya "tak apake?"
Ummi kata "tak apa."
Sampai Ilham 4 bulan dalam rahim, ummi pindah tumpang rumah kakak ummi. Berat keputusan ini, tapi abi baru saja kerja. Ummi kata, duit yang sepatutnya sewa rumah boleh beri pada arwah nenek. Masa itu nenek sakit. Abi pun selalu kena balik Kedah. Jadi kami jimat-jimat.
Alhamdulillah keluarga Ummi banyak tolong. Masa itu ummi sudah tidak bekerja. Sumber pendapatan daripada Abi seorang. Lagipun, duduk rumah kakak ummi dekat dengan hospital. Ummi memang rancang bersalin di Hospital Pakar An-Nur.
Masa 39 minggu ummi baru mula check-up di Hospital Pakar An-Nur. Masa itu baru doktor detect sesuatu tidak kena pada Ilham. Ada cyst. Cyst? Sebenarnya doktor Khamsiah yang nampak dulu masa scan. Ummi macam blur. Sebelum ini check-up di Sungai Buloh tidak ada apa-apa. Ummi tiada bajet buat detail scan. Ummi cakap dekat kakak ummi, Dr. Ar. Minggu depannya ummi perlu induce jika tiada tanda. Kata Dr. Ar apa-apa pun kena keluar dulu.
Ummi induce dua kali masih tak ada tanda. Akhirnya jantung Ilham lemah. Dr. Ar kakak ummi standby. Ummi emergency C-ser. 23 November 2009 lebih kurang pukul 9.45 malam Ilham lahir. Ilham keluar biru. Tidak cukup oksigen. Kakak ummi pam oksigen manual dan cepat-cepat hantar ke HKL.
Ummi mamai lepas pembedahan. Dalam pukul 12, ada seorang staff nurse teman ummi. Masa ummi mamai, nurse ambil sampel darah bawa ke HKL. Abi masuk jumpa ummi. Ummi tanya abi, "baby mana?". Abi kata, "baby problem sikit hantar HKL".
Ummi cool. Pada ummi biasalah baby ada problem sikit lepas lahir. Ummi sembang dengan staff nurse. Beliau cerita kisah beliau bersalin ada komplikasi. Beliau tidak tahu beliau mengandung kembar. Jadi masa bersalin, kembar kedua keluar lewat dan disahkan autisme.
Siangnya dalam pukul 10, ummi masih terbaring. Ummi tertunggu-tunggu abi telefon. Tiba-tiba Dr. Ar, kakak ummi masuk dan beritahu perkara sebenar. Kata beliau "baby masalah besar. Congenital Diaphragmatic Hernia. 50-50 chances to survive. Jangan harap sangat".
Buk! Ummi rasa macam ada benda hempap kepala. Sakit dan pedih. Ummi telefon abi dan menangis. Abi cakap "doa banyak-banyak". Ummi suruh abi balik Bangi. Abi tunggu Ilham di NICU, HKL.
Ummi telefon embah di kampung. Ummi nangis. Petang itu juga mereka sampai. Adik beradik ummi semua datang hospital. Abi balik mandi-mandi di ward. Muka abi serabut sangat. Abi suapkan ummi bubur. Ummi masih belum boleh bangun.
Malam itu ummi kata pada abi, ummi nak tengok Ilham. Ummi belum tengok muka Ilham. Abi kata Ilham putih melepak. Malam itu kakak keempat ummi dan embah (panggilan nenek bagi orang jawa) naik kereta ke NICU. Ramai orang sudah ada di sana. Arwah nenek pun ada.
Ummi naik wheelchair masuk. Ummi tengok Ilham. MasyaAllah comel sangat. Macam muka abi. Nenek cakap pun sama. Rambut lebat. Ummi geletek kaki Ilham, masa kaki Ilham gerak-gerak ummi menangis. Ummi ambil gambar pakai telefon orang. Telefon kami tiada kamera. Tapi gambar itu sudah hilang. Ummi ada gambar masa Ilham sudah tinggal jasad.
Malam itu ummi balik rumah kakak ummi, Dr. Ar. Abi tunggu Ilham di sana dengan nenek. Pagi 25 November 2009, ummi telefon abi. Abi kata Ilham tambah teruk. Ummi cakap, kalau Allah nak ambil Ilham, ummi dah redha. Ummi tak sanggup tengok Ilham macam itu. Abi diam saja. Ummi letak telefon.
Dalam pukul 9.00 pagi, abi telefon lagi. Abi bagitahu Ilham sudah pergi. Ummi menangis dan bagitahu keluarga kita. Mereka semua siapkan untuk mandikan dan kebumikan jenazah Ilham. Ummi tunggu di rumah.
Masa Ilham sampai, itulah kali pertama ummi pegang Ilham walaupun hanya jasad. Ummi cium. Abi dan ummi enjoy our last moment dengan Ilham. Sambil menangis ummi peluk sampailah selesai semuanya Ilham selamt dikebumikan di Sungai tangkas.
Abi kata Abi kuat sampailah apabila doktor serahkan Ilham pada abi. Abi pegang Ilham kali pertama masa itulah air mata mula mengalir.Ummi ambil masa setahun untuk recover dan ia bukan mudah sampailah Dhuha hadir.
Walaupun Ilham tiada, Ilham As-Shauqi Bin Mohamed Shukri, kamu tetap anak sulung kami. Apabila orang tanya berapa anak kami, kami kata TIGA.
Ilham As-Shauqi
Dhuha Tihani
Dani Al-Fateh
Dhuha Tihani
Dani Al-Fateh
Nota: Congenital Diaphagmatic Hernia adalah sakit yang jarang-jarang ditemui.
Doa saya untuk semua ibu bapa yang pernah kehilangan anak, didoakan mereka menjadi syafaat kita di akhirat.
Amin.