Filled Under:

"Memang Dia Zalim, Apa Yg Korang Nampak Dalam TV Semuanya Tidak Benar, Kalau Korang Duduk Satu Rumah Dengan Dia Korang Akan. . .",Akhirnya Terbongkar Punca Sebenar Yg Berlaku Sampai Cat Farish Terpaksa Ceraikan Isteri

Terlalu fokus dengan kerja menjadi punca kehancuran rumah tangga Cat Farish yang dibina sembilan tahun lalu.

Cat, nama popular Farrish Zaquan Ramli bagaimanapun berkata perkahwinannya bersama Hartiny Ramli itu mula pudar sejak lima tahun lalu.

“Semuanya berpunca daripada kesilapan saya yang terlalu sibuk dengan kerja. Mungkin hati sudah mula tawar menyebabkan perkahwinan kami tidak boleh diselamatkan lagi.

“Apabila sudah tiada persefahaman dan masing-masing ego, bercerai adalah jalan yang terbaik untuk kami.

“Apa pun saya tidak menyalahkan bekas isteri, malah selepas bercerai banyak perkara berlaku yang menyedarkan diri saya,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Anggota kumpulan Fabulous Cat itu bercerai pada April lalu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 9, Eva Latheefa, 6, dan Qul Iskandar, 5.

Cat, 42, berkata selepas bercerai dengan Hartiny, 33, masanya kini banyak dihabiskan bersama anak-anak.