Filled Under:

SAYU!! INI LAH MUNGKIN PUNCA UTAMA TUAN GURU SUDAH AMANAT KEBUMI DI US JIKA DI JEMPUT ILAHI....ALLAHUAKBAR..!!

SAYU!! INI LAH MUNGKIN PUNCA UTAMA TUAN GURU SUDAH AMANAT KEBUMI DI US JIKA DI JEMPUT ILAHI....ALLAHUAKBAR..!!

Kangar: Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din memberi amanat kepada ahli keluarga dan rakan seperjuangan di Perlis untuk dirinya dikebumikan di Amerika Syarikat (AS) sekiranya ditakdirkan dia meninggal dunia di sana.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli, amanat atau pesanan berkenaan disampaikan oleh Allahyarham sendiri di Pusat Rawatan Darussyifa, Santan, Kangar sebelum berlepas ke AS pada 10 September lalu.

"Amanat itu disampaikan oleh beliau kepada kami sebagai persediaan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini kepada dirinya kerana ini adalah kali keenam beliau menjalani pembedahan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, tadi.

Ini Adalah Pendapat Orang Ramai


Shukri berkata, sehubungan itu, PAS Perlis akan mengadakan solat jenazah ghaib di Kompleks PAS Perlis di Jalan Stadium Utama, Kangar bermula pada jam 7 malam ini.

"Kita dalam PAS Perlis berasa kehilangan yang besar dalam seorang tokoh dan ulama yang disegani di negara ini serta antarabangsa," katanya lagi.

Malah, beliau menjemput semua rakyat Perlis tanpa mengira fahaman politik dapat bersama-sama mereka mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham.